Thursday, March 31, 2011






MyStormKids.com™ dibahagikan kepada tujuh(7) kategori yang menarik;



Mylife

Menekankan Islam sebagai cara hidup. Ada beberapa panduan khususnya untuk kanak-kanak belajar cara bersolat, cara bertilawah, cara beradab, cara berakidah dan bahasa Arab.

Brainfood

Mengenai fakta-fakta sejarah Islam pada zaman terdahulu. Contohnya Ibnu Khaldun iaitu merupakan seorang tokoh yang memberi sumbangan dalam pemahaman Tamadun.

Chillout

Dalam bahagian mempunyai panduan tambahan antaranya, aktiviti berdoa, uji pengetahuan(teka-teki), mewarna, bercerita, belajar tulisan khat dan ruangan muat turun (wallpaper).

Gamespot



Ruangan permainan untuk kanak-kanak. Ruangan ‘gamespot’ dapat menguji minda kanak-kanak dengan bermain. Selain itu, mereka dapat belajar mengira, mengeja, mengetahui perkataan berlawan dan pelbagai lagi yang menarik.



Buddies

Ini adalah ruangan seperti facebook untuk kanak-kanak iaitu mereka boleh mencari kawan-kawan yang menyertai portal ini. Selain itu, kanak-kanak boleh menghantar surat, e-kad dan pengumuman(berita) kepada rakan mereka.

Speakout

Adalah ‘chatting-room’ untuk kanak-kanak. Selain itu, mereka boleh berkongsi maklumat ataupun idea bersama kawan-kawan.

Eduzone

Merupakan segmen BONUS yang mengkhususkan kepada pembelajaran secara formal (termasuk latihan UPSR) berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

dapatkan di http://www.stormreaders.net/zayds

No comments:

Post a Comment